Thursday, 22 March 2012

YA ALLAH, AMPUNKANLAH HAMBAMU INI YA ALLAH....







Adakah Allah Menerima Taubatku???

“Aku ingin bertaubat tetapi dosaku terlalu banyak. Aku masih belum meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat yang aku lakukan. Dosaku terlalu banyak sehingga aku tidak yakin bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sekian lama. Kini aku bertahajjud disepertiga malam, aku berpuasa isnin dan khamis, dan aku membaca Al-Quran....Adakah Allah akan mengampunkan aku dan menerima taubatku???”

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan”
(Az-Zumar: 53,54).

Marilah sama-sama kita renungi dan hayati maksud Firman Allah di atas yang secara langsung menjadi jawapan bagi persoalan hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu untuk bertaubat...

MENYESALI ATAS SEMUA KESALAHAN DAN DOSA2 KU YANG LALU..
YA ALLAH, AMPUNILAH AKU...

Saidina Ali pernah berkata:
 
“Allah tidak menciptakan manusia untuk di azab tetapi manusia memilih untuk di azab.”
Allah telah menunjukkan dua jalan kepada manusia iaitu jalan kebaikan dan jalan kejahatan seperti dalam surah as-Syams, 91 ayat 8. Mereka yang memilih jalan kejahatan dengan mengotori jiwa mereka telah dijanjikan akan dibalas azab dan seksa Allah.
 
Namun Allah memberi kesempatan kepada kita untuk bertaubat, kerana Dia yang menciptakan mamusia amat mengetahui bahawa fitrah kejadian manusia sering lupa dan melakukan kesalahan. Oleh itu, mereka yang tidak bertaubat dengan kesalahan dan dosa yang telah dilakukan beerti seolah-olah mereka memilih untuk di azab...

YA ALLAH, HANYA PADAMU AKU BERSERAH..
YA ALLAH, DIHADAPANMU AKU BERSUJUD, MEMOHON KEAMPUNAN ATAS DOSA YANG TELAH AKU LAKUKAN...
YA ALLAH, DOAKU MENGGUNUNG.. BERKEHENDAKKAN ENGAKAU AMPUNKAN DOSA2 KU YA ALLAH...AMin..

No comments:

Post a Comment